my blog presentations

Social Network Presentation

Sunday, February 3, 2013

M.I.B-Individual Assignment

Tajuk 5: Di negara Brunei Darussalam, agama Islam dikatakan sebagai cara hidup yang lengkap.Bincangkan.
BRUNEI adalah sebuah negara tertua di antara kerajaan di kepulauan Tanah Melayu. Dalam catatan sejarah China, Brunei dikenali dengan nama Po-li, Po-lo, Poni atau Puni dan Bunlai manakala catatan Arab pula, Brunei terkenal dengan nama Dzabaj atau Randj.
Catatan tradisi lisan yang diperoleh dari Syair Awang Semaun yang menyatakan Brunei berasal dari perkataan baru ‘nah’ iaitu setelah rombongan klan atau suku Sakai yang dipimpin Pateh Berbai pergi ke Sungai Brunei mencari tempat untuk mendirikan negeri baru.
Replika stupa yang ditempatkan di Pusat Sejarah Brunei menjelaskan bahawa agama Hindu-Buddha pada suatu masa dahulu pernah menjadi anutan penduduk Brunei. Beberapa penemuan replika batu nisan P’u Kung Chih Mu, batu nisan Rokayah binti Sultan Abdul Majid ibni Hasan ibni Muhammad Shah Al-Sultan dan batu nisan Sayid Alwi Ba-Faqih (Mufaqih) pula menggambarkan tentang kedatangan agama Islam di Brunei.
Ia dipercayai dibawa oleh musafir, pedagang dan mubaligh-mubaligh Islam sehingga agama Islam itu berpengaruh dan mendapat tempat di kalangan penduduk tempatan dan keluarga kerajaan Brunei. Dakwah Islam dikatakan tersebar ke negara itu sekitar kurun ketujuh menerusi pedagang dan pendakwah Arab. Kedatangan Islam membolehkan rakyat Brunei menikmati sistem kehidupan lebih tersusun dan terhindar daripada adat bertentangan dengan akidah tauhid.
Awang Alak Betatar ialah Raja Brunei yang pertama memeluk Islam pada 1368 dengan gelaran Paduka Seri Sultan Muhammad Shah. Beliau terkenal sebagai pengasas kerajaan Islam di Brunei dan Borneo. Pedagang dari China yang pernah ke Brunei menggelar beliau sebagai Ma-HaMo-Sha. Beliau meninggal dunia pada 1402.
Dakwah
Beliau dipercayai mendalami Islam daripada Syarif Ali iaitu pendakwah yang berasal dari Taif yang dikatakan berasal dari keturunan Ahlul Bait yang bersambung dengan keluarga Rasulullah melalui cucu Baginda, Saidina Hassan.
Pendekatan dakwah Syarif Ali tidak sekadar menarik hati Awang Alak, malah dakwahnya menambat hati rakyat Brunei. Dengan kebaikan dan sumbangan besarnya dalam dakwah Islam di Brunei, beliau dikahwinkan dengan puteri Sultan Muhammad Shah. Selepas itu, beliau dilantik menjadi Sultan Brunei atas persetujuan pembesar dan rakyat tempatan.
Sebagai pemimpin dan ulama, Syarif Ali gigih mendaulatkan agama Islam antaranya membina masjid dan melaksanakan hukum Islam dalam pentadbiran negara. Selepas tujuh tahun memerintah Brunei, pada 1432, Syarif Ali meninggal dunia dan disemadikan di Makam Diraja Brunei.
Satu lagi catatan bersejarah yang membuktikan penyebaran Islam di Brunei adalah Batu Tarsilah. Catatan pada batu ini menggunakan bahasa Melayu dan huruf Arab. Dengan penemuan itu, ia mengukuhkan bukti kedatangan pedagang Arab ke Brunei dan sekitar Borneo untuk menyebarkan dakwah Islam.
Kegiatan membina masjid untuk dijadikan pusat kegiatan keagamaan dan penyebaran Islam sentiasa dititikberatkan oleh pemerintah Brunei. Terbaru adalah pembinaan Masjid Jamek Asri Hassanil Bolkiah yang kini menjadi mercu tanda dan keagungan dakwah Islam di Brunei.
Ianya telah dirasmikan pada 14 Julai 1994 dan mampu menampung lebih 3,000 jemaah pada satu masa. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin yang terletak berhampiran Perkampungan Ayer di Sungai Kedayan, Brunei mula dibina pada 4 Februari 1954 atas hasrat dan cita-cita Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.
Empat tahun kemudian iaitu pada tahun 1958, pembinaannya siap sepenuhnya. Dakwah Islam yang bertapak kukuh di Brunei turut mempengaruhi wilayah lain termasuk ke Sabah, Sarawak dan Kalimantan. Brunei Darussalam, negara yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja banyak menyumbang kepada penyebaran dan pengukuhan Islam di wilayah Borneo, Indonesia.
Islam bererti penyerahan diri. Penyerahan diri di sini bukan bermakna pasrah atau putus asa, tetapi penyerahan ini bererti mengembalikan fitrah diri ini kepada pengaturan penciptanya. Sebagaimana kita pasrah dalam masalah ajal dan tuah begitu jugalah kita perlu berserah dalam pengaturan cara hidup yang sebenar.

Allah mengaturkan seluruh kehidupan kita secara fizikal merupakan kepercayaan semua manusia. Semua manusia tahu bahawa mati itu ketetapan Tuhan. Sama ada mereka itu muslim atau bukan. Mereka juga akur bahawa pembinaan sel dalam rahim adalah aturan Tuhan secara fitrah. Manusia sekali lagi akur dengan fitrah bayi yang belajar menjadi manusia sedikit demi sedikit. Tetapi apabila sudah sampai tahap manusia memilih di sini ada yang memilih selain fitrah. Ada yang memilih selain penyusunan Tuhan.


Inilah yang dikatakan semua manusia itu diberi hak memilih. Kemudian mereka akan dibicarakan atas pilihan mereka. Islam merupakan satu system hidup yang paling sempurna. Allah menurunkan kitab Al Quran dalam tempoh 23 tahun kepada seorang nabi yang hidup dalam segenap lapangan masyarakat, bergerak dalam banyak suasana, bekerja dalam pelbagai bidang dan menjadi pemimpin kepada bermacam macam bangsa. Al Quran menceritakan semua kisah kisah penting umat dahulu sebagai panduan hidup. Al Quran kalau dirumuskan dapat kita fahami kesemua perbahasan Al Quran ada dalam satu Bab yang digelar Surah. Surah Al Fatihah mengandungi 7 ayat yang menyingkap isi Al Quran iaitu kita mesti melalui hidup dengan mengenali Tuhan. Islam adalah agama yang menukar peribadi manusia dengan hanya perakuan lisan tanpa sebarang upacara. Sekadar menyatakan “Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.”
Maka dia sudah menjadi Muslim. Dalam ayat kedua Al Fatihah Allah menceritakan tanggungjawab hambaNya adalah memuji Allah dan menyatakan Allah lah yang mencipta dan mentadbir alam ini dan bersifat pemurah lagi pengasih bahkan merupakan Raja di hari pembalasan merupakan alasan Allah mesti dipuja. Selepas perintah memuja Allah, Allah menyatakan tugas lanjut iaitu menyembah hanyasanya Allah serta meminta bantuan hanya dari Allah. Kita diberitahu supaya memohon pedoman untuk mengikuti jalan yang benar. Dan Al quran menceritakan kisah kisah silam bagi manusia menilai mana jalan yang benar dari kisah kisah orang yang baik. Kisah sempadan juga disertakan bagi manusia menghindarinya.

Jadi Al Quran merupakan perlembagaan hidup. Kalau dalam persatuan kita akan disembahkan 2 buku panduan. Satu undang2 tubuh satu lagi panduan kerja. Jadi Al Quran inilah undang-undang tubuh kemanusiaan kemudian panduan kerja itu adalah Rasul atau Nabi utusan Tuhan yang mempamerkan bagaimana kehidupan seorang Muslim.

Menjadi Muslim cukup dengan ungkapan 2 kalimah syahadah. Tetapi untuk menghindar seksaan neraka perlu kepada perlaksanaan perintah Allah dan meninggal laranganNya. Oleh yang demikian Nabi menceritakan beberapa perkara mesti dibuat bagi menghindar neraka iaitu solat, puasa, zakat dan juga haji jika mampu. Seandainya perkara ini dilaksana manusia itu akan terpelihara dari azab selepas mati. Namun manusia ditimbang kanan dan kiri, Islam sebagai cara hidup yang lengkap menyediakan panduan terperinci mengikut kesesuaian manusia lantas Islam juga menjaga manusia dari menzalimi dan menindas manusia lain. Oleh yang demikianlah Islam menyenaraikan kepatuhan kepatuhan ini untuk kebaikan manusia pada dirinya dan pada orang lain. Sebagai cara hidup yang sempurna Islam juga menegah manusia dari beberapa perkara buruk supaya dijauhi, seperti zina, bunuh, curi, umpat, arak, judi dan perkara perkara yang merupakan gejala kepada masyarakat.
Islam bukan sekadar mengatur perkara perkara besar tetapi juga perkara yang disebut hal remeh. Seperti buang air, kebersihan diri, adab-adab amalan harian seperti makan, minum, bercakap dan sebagainya. Semuanya ada panduan yang lengkap menurut pandangan Islam dan bagaimana yang sebenarnya.

Islam itu lebih modern dari masa kini. Islam telah lama menceritakan hal – hal diet dan penjagaan pemakanan. Islam telah lama membicarakan tentang hak manusia seperti masalah hamba, masalah perkauman, masalah buruh, hubungan manusia dengan makhluk lain seperti binatang dan tumbuhan. Semua masalah yang dipandang sebagai perbincangan baru oleh masyarakat barat telah lama Islam bincangkan.

Islam lebih ekonomis dari sistem perbankan. Islam menagajar jimat cermat tetapi menganjur kepada sedekah dan bermurah hati. Islam mewajibkan rasa puas hati dalam soal berjual beli dan sebarang urusniaga tunai atau hutang. Islam mengharamkan riba atau penindasan ekonomi. Islam tidak menyokong sikap suka berhutang. Konsep ekonomi Islam adalah lebih tulin.

Islam lebih adil dari saksama. Ketika mahkamah menghala kepada banyak kesalahan dalam menyabitkan kesalahan, Islam sebenarnya sudah lama menegaskan mensabitkan kesalahan itu perlu kepada tahap yakin iaitu 100peratus bersalah. Kerana pada pandangan Islam hukuman itu bukan untuk menzalimi tetapi untuk menyekat kezaliman. Jadi daripada kemungkinan tersalah menghukum lebih baik tersalah memafkan. Manakala hukuman dalam Islam adalah paling saintifik tetapi saintis enggan mendedahkannya. Islam menghukum pancung sebagai cara hukum bunuh, ini supaya saraf Tunjang putus dahulu sebelum saraf jantung. Ini mengelak dari pancutan darah. Walaupun ianya lebih ngeri dari melihat hukuman pancong.

Islam lebih politis dalam masalah kepimpinan. Islam mencegah sebarang rasa ingin berkuasa tetapi meletakkan beban yang sangat berat di atas bahu pemimpin bukan sebagai kebanggaan. Islam menjelaskan ciri-ciri yang pelbagai untuk seorang pemimpin. Islam tidak menyamakan suara orang yang cerdik pandai dengan suara orang yang dungu. Islam mencegah keras amalan rasuah. Islam system pertama yang membezakan antara hadiah dan rasuah.

Sekiranya ada agama lain seperinci Islam maka yakinlah Islam bukan sahaja perinci tetapi tepat dalam setiap perinciannya. Tiada agama dalam dunia ini yang hanya bertuhankan Allah selain Islam. Ini menunjukkan pembebasan manusia dari penyembahan sesama ciptaan. Islam membebaskan manusia dari belenggu menghambakan diri pada bukan selayaknya kepada perhambaan yang sebenar. Islam adalah yang sebenar dan Islam sahaja yang benar.

RUKUN ISLAM
 
 Rasululloh Shallallahu'alaihi wasallam bersabda : “Islam itu didirikan di atas lima sendi iaitu :
1.Bersaksi bahwa tiada Tuhan yang hak selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah.

2. Mendirikan sembahyang lima waktu (mengerjakannya dengan memenuhi rukun dan kewajibannya serta dengan tenang dan khusyu’).

3.Membayar zakat : (wajib membayar zakat bila seorang muslim memiliki 85 gram emas atau uang yang senilai dengannya, yaitu membayar 2,5 % bila sudah sampai satu tahun. Adapun harta kekayaan selain wang, masing-masing mempunyai ketentuan sendiri).

4. Melakukan haji ke Mekkah (bagi yang mampu pergi ke sana).

5. Puasa pada bulan Ramadhan (mencegah makan, minum dan bercampur suami isteri mulai fajar sampai terbenam matahari, dengan niat).

 RUKUN IMAN

 1.Beriman kepada Allah. Iaitu dengan mempercayai bahwa Allah itu ada dan Maha Esa baik dalam kekuasaaNya maupun dalam hal ibadah kepadaNya, dalam sifat dan hukumNya.

2. Beriman kepada para Malaikat sebagai makhluk yang diciptakan dari nur (cahaya) untuk malaksanakan perintah Allah.

3. Beriman kepada kitab-kitab Allah. Iaitu Taurat, Injil, Zabur, dan Al-Qur’an. Dan yang paling utama adalah Al-Qur’an.

4. Beriman kepada para Rasul Allah. Yang pertama nabi sampai yang terahir nabi Muhammad.

5. Beriman kepada hari akhir, Iaitu hari kiamat sebagai hari pemeriksaan terhadap amal-amal manusia.

6. Beriman kepada takdir Allah. Takdir yang baik maupun yang buruk dengan keharusan melakukan uasaha dan ridha terhadap hasil yang diperolehnya.

Pengertian Sunnah ialah Sunnah Rasulullah s.a.w.,
pengertian Jemaah ialah kumpulan Sahabat dan Tabien yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah kumpulan orang Islam yang berpegang kepada al-Quran, al-Sunnah dan pendapat para Sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Mazhab-mazhab Fekah ialah aliran hukum Syarak yang sah didasarkan di atas tafsiran tertentu terhadap nas-nas Syarak oleh ulama Mujtahidin mengikut kaedah Istinbat yang muktabar. Majlis tidak terikat kepada mana-mana satu mazhab tertentu. Di dalam Mazhab mana pun yang jelas dan nyata pendapat mereka itu dari kitab Allah atau Sunnah Rasulnya atau Jemaah Sahabat Rasulullah s.a.w. maka Majlis sedia menerima dan beramal dengannya. Adapun Mazhab-mazhab ssperti Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali pada pandangan rasmi Majlis adalah terhitung di dalam Mazhab-mazhab yang muktabar yang tergolong di dalam istilah Ahli Sunnah Wal Jemaah. Majlis Agama Islam Perlis memang berpandukan kepada Mazhab itu dan mengambil pendapat-pendapat mereka yang ada alasan daripada Al-Quran, As-Sunnah dan Jemaah Sahabat Rasulullah s.a.w. Pengertian ini berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah


keterangan: DALIL-DALIL DARIPADA AL-QURAN:-

1. Firman Allah S.W.T. dalam Surah at-Taubah ayat 100:

Maksudnya: Dan orang-orang yang terdahulu – yang mula-mula (berhijrah memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.

2. Firman Allah S.W.T. di dalam Surah al-An’am ayat 153:

Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku (Agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai beraikah kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa.


DALIL-DALIL DARIPADA AL-HADIS

1. Sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya: Dari Sariah ( ) r.a. berkata: Sabda Rasulullah s.a.w.: Aku berwasiat kepada kamu dengan takutkan Allah Taala dan mendengar ajaran dan bertaat akan pemerintah walaupun hamba Habsyi, maka sesungguhnya mereka yang panjang umurnya hidup ia hingga kemudian daripada aku, tentu lihat ia akan bersalah-salahan yang banyak, ketika itu lazimlah kamu berpegang sunah aku dan sunah segala Khalifah-khalifah yang menunjuk mereka itu akan jalan yang sebenar, perpeganglah kamu dengannya dan gigitlah kamu akan dia dengan geraham kamu, maknanya berpegang teguh dan jauhkan kamu dari perkara-perkara yang dibaharukan (yang bukan daripada sunah nabi), maka bahawasanya tiap-tiap yang bukan sunah nabi itu bid’ah dan tiap-tiap bid’ah itu sesat dan tiap-tiap sesaat itu di dalam neraka. (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)

2. Sabda Rasulullah s.a.w:
Ertinya: Dari Ibnu Mas’ud r.a. Sabda Rasulullah s.a.w.: Sebaik-baik manusia ialah kurunku (Zaman Nabi) kemudian zaman mereka yang datang sesudahnya (zaman Sahabat) kemudian zaman mereka yang sesudahnya (zaman Tabien) dan sesudah itu datanglah zaman orang yang suka memperlambangkan kebohongan dan janganlah kamu bergantung kepada perkataan dan perbuatan mereka. (Hadis Riwayat at-Tabrani)

 Amalan berugama di Brunei dilangsungkan dalam bentuk “kesederhanaan”menurut aliran yang telah ditentukan iaitu berpegang kepada “Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jema’ah” dari segi Tauhid dan menurut “Mazhab Syafi’e” dari segi Fiqh, dengan cara itu ugama Islam telah memberi sumbangan yang besar dan membawa keamanan dankesejahteraan kepada Brunei Darussalam di bawah pimpinan Raja-Raja Brunei yang ditaati oleh rakyatnya. Berpegang kepada aliran aqidah dan mazhab tersebut, serta kesederhanaan dalam amalan berugama telah memperkukuhkan Islam di Brunei dan menguatkan lagi iman kaum muslimin di Brunei serta syiar Islam semakin bersinar di Brunei. Dengan cara itu ummat Islam di Brunei, tidak terbawa-bawa dan tidak diracuni oleh cara dan corak pemikiran, amalan, dan tindakan yang boleh memecah-belahkan dan menjejaskan kehidupan berugama dan kestabilan serta kemantapan masyarakat yang sentiasa hidup dalam keadaan harmoni dan cemerlang, kerana amalan berugama di Brunei telah dipimpin dan diwarisi sejak turun temurun berlandaskan aliran Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jema’ah dan Mazhab Syafi’e.

Semua ini adalah berkat pimpinan yang bijaksana dari Sultan-Sultan Brunei sejak
zaman-berzaman, hinggalah ke hari ini di bawah pimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan, Negara Brunei Darusalam yang ke 29.

No comments:

Post a Comment